Friday, July 18, 2008

Bidaan Ronaldinho RM164 juta

BARCELONA, Sepanyol - Barcelona menerima tawaran sejumlah AS$51 juta (RM163.9 juta) dari Manchester City untuk mendapatkan khidmat Pemain Terbaik Dunia dua kali, Ronaldinho.Presiden kelab Sepanyol itu Joan Laporta berkata, pemain Brazil berusia 28 tahun itu yang turut mendapat tawaran 15 juta euro (RM76.8 juta) dari AC Milan akan meninggalkan kelab itu 'dengan penuh penghormatan'.Tambah Laporta, kelab itu turut mengambil kira minat Ronaldinho, juga kelab Barcelona apabila membuat keputusan sama ada pemain itu patut pergi akan sebaliknya.more...Laporta telah mengumumkan tawaran daripada Manchester City tetapi tidak menyebut sama ada kelab England merupakan destinasi terakhir Ronaldinho.Ini kerana Ronaldinho dikatakan masih diperlukan dalam skuad jurulatih baru Barcelona, Josep Guardiola.Ronaldinho, agen dan abangnya, Roberto de Assis kembali dari Brazil ke Barcelona yang mana mereka mengadakan perbincangan mengenai masa depannya dengan setiausaha teknikal Barcelona, Txiki Beguiristain dan pengarah bola sepak, Raul Sanllehi, kata laman web kelab itu."Kedua-dua pihak setuju membenarkan dua atau tiga hari lagi untuk memuktamadkan perpindahan pemain tersebut ke sebuah kelab yang benar-benar menunjukkan minat terhadapnya."Jika proses tersebut gagal menemui kata putus kali ini, Ronaldinho akan kembali menyertai latihan pasukan ini.''City pula masih enggan berputus asa untuk mendapatkan khidmat Ronaldinho dan menghantar secara e-mel tawaran mereka kepada Barcelona, demikian menurut akhbar Britain, Daily Mail.City juga bersedia membayar pemain 28 tahun itu lebih 100,000 pound (RM563,683) seminggu berbanding apa yang ditawarkan oleh gergasi bola sepak Itali AC Milan.Kelab itu yakin dengan dua pemain Brazil sedia ada Jo, yang memecah rekod bayaran perpindahan awal musim dan Elano dijangka dapat menyakinkan Ronaldinho untuk menyertai mereka.Akhbar Itali, La Gazzetta dello Sport turut melaporkan bahawa Barcelona, AC Milan dan Ronaldinho yang menjaringkan 70 gol dalam 145 penampilan untuk Barca pada awalnya dijangka bertemu Barcelona untuk kata putus mengenai perpindahannya ke Itali.Ronaldinho yang tidak beraksi sejak 9 Mac lalu akibat kecederaan enggan hadir pada pertemuan tersebut selepas kelabnya enggan melepaskan beliau untuk beraksi di Sukan Olimpik Beijing.Begitupun, perunding kelab Itali itu, Bronzetti yakin perjanjian akan dimeterai tepat pada masanya untuk Ronaldinho hadir pada latihan pembukaan Milan pada 16 Julai ini.Tambahnya, kelab Itali itu sedia melepaskan Ronaldinho untuk beraksi di Olimpik. sumber : utusan malaysia


PERSOALANNYA.......?????....BILA PEMAIN BOLA MALAYSIA AKAN DIBIDA SEBANYAK TU....TAK PERLU BANYAK-BANYAK....1% DARIPADA TU PUN BELUM TENTU LAGI KAN..

1 comment:

Unknown said...

kalo ltak gmbr 2,ambek lah yg sopan2 ea...sdap cket mate memandang k..hehe..gurau je..pape pn,i bg xde star utk blog u k..hahahahahahha