Tuesday, August 26, 2008



Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Wednesday, August 13, 2008

jadilah lelaki dambaan wanita

sebenarnya, ramai lelaki di luar sana tak tahu macam mana nak memikat wanita idaman mereka. ada tu, rupa je hensem, tapi xde ciri2 yang boleh mencairkan hati setiap wanita yang memandangnya..apatah lagi yg mengenalinya...so, lets check it out points2 yang saye sediakan ni..may be it works..sape tahu kan??

keyakinan diri...
ini sangat penting untuk menunjukkan bahawa anda adalah lelaki sejati. lakukan sesuatu perkara tu dengan berhati hati dan terbaik. jangan give up sebelum mencuba. wanita sering mengimpikan teman lelaki yang berkeyakinan tinggi dalam setiap apa yang dilakukan dan sentiasa berfikiran positif..so, y'll guys sila semak adakah anda mempunyai sikap ini...

pandai buat lawak
hurmm..ni paling saya pentingkan dalam mencari pasangan. tak perlu serius setiap masa..tapi, jangan la pulak lawak sampai xreti nak serius. bahaya tu..wanita gemar berdampingan dengan lelaki yang pandai berjenaka taw..mengindahkan lagi suasana dan si dia pasti akan merindui kamu dan jenakamu..try it!

romantik
yes!!bila kite bercakap pasal romantik, semua wanita akan tersenyum senyum. mana taknya, sekeras mana wanita itu, sikap romantik si jejaka lah yang mampu mencairkannya. tapi awas!!romantik bukan bermaksud gatal atau miang taw..ada sesetangah lelaki gemar bercerita mengenai fantasi seksual mereka..perlu diingatkan ye wahai lelaki2 sekalian, tidak semua wanita gemar bercerita mengenai fantasi mereka. bagi wanita, itu hal dalam bilik..tak perlu di bicarakan, melainkan mereka adalah pasangan suami isteri..so, jaga tutur kata atau kamu bakal kehilangan wanita pujaanmu..

wang
huu..wanita ada yang materialistik. mereka menggemari lelaki kaya dan mempunyai duit yang banyak. tetapi, wang disini bukan la bermaksud kamu perlu menjadi kaya sebelum mencari pasangan, tetapi, perlu lah seorang yang pandai mengawal bajetnya. even kamu bekerja sebagai peon saja, kalau kene gayanya, kamu pasti dapat membahagiakan pasanganmu. kawal perbelanjaan dan simpanan tetap. wanita sangan mengagumi lelaki yang pandai menguruskan kewangan tanpa bantuan mereka..ada potensi jadi bakal suami..hehe

bijak
ini kualiti yang paling wanted lah..bijak ni x bermaksud anda cendekiawan..or ahli akademik..bijak ni ada banyak cabangnya..mungkin kamu bijak dalam hal2 kehidupan, contohnya kamu pandai uruskan duit..itu sudah boleh dikira bijak..adalah satu bonus andai anda seorang yang bijak pandai dalam semua hal. wanita suka lelaki bijak kerana mereka berasa akan terjamin untuk sehidup semati. tapi jangan la pulak berlagak bijak. itu boleh mengundang perasaan menyampah la pulak..

sensitif
setiap kali pasangan anda bercakap, pandang lah ke bebola hitam matanya. dari situ anda akan memahami perasaa hatinya dikala itu. wanita mudah cair dengan pandangan tepat lelaki tu. so, gunakan senjata tu sebaiknya..tetapi, jangan anda terlalu sensitif pulak. perempuan tidak menyenangi lelaki yang terlalu sensitif mengalahkan dirinya. wanita pandai memujuk, tetapi kalau kerap kali bergaduh, si jejaka je yang merajuk2, naik rimas wanita dibuatnya..wanita perlukan lelaki yang tabah..cekal dan tidak terlalu sensitif kerana mereka akan berasa selamat untuk bersama anda...

bijak bergaya
tang ni saya rasa ramai lelaki kat luar tu yang pandai bergaya. sebut saja apa fesyen terbaru, pasti mereka akan mencubanya. itu satu sikap yang bagus. berani mencuba. tetapi perlu diingatkan, jangan terlalu over bergaya. biarlah bersesuaian dengan suasana sekeliling..dan tidak perlu pakaian berjenama..biar murah asalkan anda tahu menggayakannya, ia pasti nampak stylo..trust me..lagi satu, kebersihan diri adalah yang paling perlu dititikberatkan wahai lelaki dambaan wanita sekalian..jangan la sampai kuku tu boleh buat sudu makan sup pulak..kebersihan memberi kesan kepada hubungan anda..

suka kanak kanak..
saya bersetuju betul dengan point ni..saya sangat mengagumi lelaki yang suka kepada kanak kanak..dari situ, akan terserlah lah naluri kebapaan mereka..ia memberi gambaran sekiranya anda bersama satu hari nanti, dikurniakan zuriat..dan anda akan menjadi bapa yang hebat di mata isteri dan anak anda..hati wanita mudah tertawan dengan sikap yang satu ini..

finally, tak semua lelaki adalah sempurna..tetapi kita boleh mencuba untuk jadi sesempurna yang boleh. gunakan kelebihanmu untuk memenangi hati wanita yang kamu cintai. jangan biarkan percintaan kalian hambar dan tidak berwarna warni. hubungan yang harmoni mampu berkekalan sehingga ke tahap yang pasti. sekiranya anda memikili ciri2 di atas, si dia sudah berada dalam genggaman kamu..dan si dia pasti mahu menjadi permaisuri hatimu...good luck!!

Sunday, August 10, 2008

CsC 1012

Question: Think about your chosen profession.How might computers and software enchance your productivity? Describe several eays in which you see software changing or affecting your profession.

kerani
sebelum penggunaan software.

1- segala dokumen terpaksa disimpan dalam fail.
2-apabila fail itu diperlukan, kerani tersebut terpaksa mencari fail itu satu persatu
3-segala akaun terpaksa dikira dengan menggunakan pen dan kertas
4-sistem menjadi lambat kerana simpanan fail yang tidak disusun dan ini akan menyebabkan silap atau salah

selepas menggunakan software

1-semua dokumen kini boleh disimpan di dalam komputer dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa hanya dengan satu 'klik' pada skrin komputer.
2-perakaunan syarikat tidak lagi dikira menggunakan pen dan kertas tetapi dikira menggunakan software yang ada
3-sistem menjadi cepat dan komputer akan mengakses setiap akaun itu betul atau salah dengan hanya beberapa minit sahaja.



Pereka Grafik (Graphic Designer)
saya memilih pereka grafik kerana pereka grafik amat menggunakan software dan komputer dalam menyelesaikan tugas-tugasnya. Dengan adanya komputer dan software yang khas untuk pereka grafik, dengan ini pereka grafik dapat mereka grafik dengan lebih kemas, tepat dan berkualiti sebagaimana yang dikehendaki oleh pelanggan. Oleh kerana itu, pereka grafik dapat menerima tempahan yang banyak dan menyiapkannya mengikut masa yang dijanjikan. Selain itu juga, peraka grafik juga dapat menyiapkan sesuatu grafik dengan cepat malah dapat mencetaknya dengan mudah. Jadi, sekiranya tanpa komputer dan software yang khas, masakan pereka grafik dapat menyiapkan dengan cepat, berkualiti dan menepati permintaan pelanggan. Pereka grafik juga boleh membuat lukisan yang berbentuk 3-d dan berbagai-bagai lagi yang dapat menarik minat pelanggan..